balik kepada tajuk..kan semalam aku cerita minggu lepas pergi jual barang kat kedai 2nd hand kan?jangan harap lah aku jual dan terus balik dengan tangan kosong saje..itu pon puas aku tahan iman tak nak membazir dah beli barang entah hapa2 yang tak penting..dan barangan yg diiktiraf penting buat masa sekarang ini sudah tentulah barang boss kecik.
yg pertama ,claypot comel utk masak bubur hajiq..selama ini pakai periuk biasa..tapi masa blogwalking,aku terjumpa tips kalau nak dapatkan bubur bertekstur halus utk baby dan tak hangus even tak kacau sentiasa pon,gunalah claypot..tapi nak pakai claypot yg biasa,macam bosan kan..tiba2 nampak pulak yg design pooh ni,teruslah sambar..dan memang terbukti,bubur lagi halus dan sedap kot..kena tanya hajiq kalau nak tau..
dan ini,aku memang nak sangat baby sling..sampai aku jahit sndiri hari tu..tp yg aku jahit tu tak kukuh dan macam kain batik je rupanya...selama ni cari tak pernah jumpa yg berkenan dan murah..rezeki kami hari tu terjumpa yg mmg berkenan sangat la kat design dia.....dah la kaler purple..mmg favourite colour aku tuh..sling ni jenama babasling and you will not gonna believe the price we paid....:p
tercapai impian nak berbabysling semasa membeli belah..
boss kecik sudah terkurung dalam kerusi kecik..mak bapak pon senang hati dpt makan dengan aman..dan kerusi kecik ini pulak dah lama jugak beli ..tapi tak berapa selalu nak pakai sebab selalu lupa nak bawak turun dari dalam kereta..apa ek nama dia?hook on chair atau fast table chair kot..memang membantu di saat pergi makan luar tapi kedai tu tak provide baby chair..atau mcm sesetengah kedai makan kat jepun ni,baby chair dia sekadar macam alas nak bagi budak tu duduk tinggi sikit aje..takde belt takde apa2..memang tak selamat langsong utk budak yg aktif macam Hajiq tuh..tapi tak boleh la bawak pergi warung ke kedai mamak pulak..mau terbalik meja tu..hahah
Hajiq ki ni naru asyek pandang bawah tengok kaki sendiri...pelik kenapa dia tergantung macam tu kot..
oh,i just loveeee pre-loved items..dah la org jepun memang jaga barang baik2..beli barang mahal2,pakai kejap.. lepas tu sebab anak srg dua je dah tak pakai lagi dah,terus jual balik kat kedai ..balik msia kang sure aku rinduuu giler kedai ni..kat msia mana nak cari ye?any idea?
No comments:
Post a Comment