Friday, 19 March 2010

Nasihat...

sekejap je dah jumaat kan..saban hari aku rase cam makin lost track of time...bz sgt pon terkejar2 masa..nih time free pon rase cam cepat sgt masa berlalu ni kenapa la agaknye..
hari ni sbb jumaat hari yg baik kan...aku nak share la siket nasihat Luqman Al- Hakim kepada anaknya yg aku amek dr buku Abu Afiqah ni..byk lagi sbnrnye tp ni antara yg aku rase cam kene kat btg hidung sendiri.......

*Hai anakku;Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar,kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara,usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.

*Hai anakku;Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia saja.Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yg terpedaya oleh dunia.

*Hai anakku;Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti,janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu,janganlah mensia-siakan hartamu.

*Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayang,siapa pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun,dan barangsiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentulah akan menyesal.


hmm..buat aku terfikir patutlah Allah bagi 9 bulan mengandung , bukan singkat mcm kucing ke binatang2 lain....9 bulan...kejap atau lama terpulang pada kita...bukan sekadar masa utk bagi kita bersedia..tp bagi kita ruang utk muhasabah,baiki diri......contohnya mcm mende2 lagha yg sebelum ni aku selamba je buat ..tp skrg bila rase nak buat..terus jadi takut..takut impaknye pada masa hadapan,pada keturunan..takut nak amek risiko...automatik terus tak jadi buat....hmm......

selamat berhujung minggu..minggu ni insyaAllah nak ke toyohashi melawat baby k.ainun dan junior yg akan pulang for good..lamaaanya rasa x pegi toyohashi..setahun ada kot..isk2...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...